fb fb fb fb fb

Hasrat tambah emas tidak kesampaian, Gu akan turun dalam acara ketiga pada Khamis

FOTO AFP

ZHANGJIAKOU, 15 Februari- Hasrat atlet sensasi China kelahiran California, Eileen Gu untuk meraih emas kedua Sukan Olimpik Beijing tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati dengan perak dalam aksi freeski slopestyle.

Emas acara itu dimenangi Mathilde Gremaud dari Switzerland.

Gu yang berusia 18 tahun, berada di tempat ketiga selepas pusingan pertama namun insiden jatuh pada pusingan kedua menyebabkannya dia ketinggalan di tempat kelapan.

Begitupun, pada pusingan terakhir Gu berjaya bangkit dengan meletakkan dirinya berada di tempat ketiga.

Gu kemudiannya melakukan percubaan terakhir untuk melonjak ke kedudukan kedua, menanti penuh debaran sambil menantikan aksi atlet Norway Johanne Killi dan pemain pilihan Kelly Sildaru dari Estonia menamatkan acara.

Begitupun, kedua-duanya tidak dapat menandingi markah Gu 86.23, sekaligus memberikannya pingat perak.

Gu akan cuba untuk menambah koleksi pingatnya apabila dijadualkan beraksi dalam satu lagi acara iaitu freeski halfpipe. Pusingan kelayakan berlangsung pada Khamis dan perlawanan akhir pada Jumaat ini.- AFP

Media Baharu