fb fb fb fb fb

Dzeko jumpa Salah, di San Siro

FOTO AFP


MILAN, 15 Februari- Edin Dzeko bakal bertemua rakan lama Mohamed Salah apabila Inter Milan menentang Liverpool dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada hari Rabu, sekaligus mengimbau kembali fenomena yang pernah dicetuskan kedua-dua pemain itu ketika bersama di Roma.

Selepas Chelsea dan Fiorentina, karier Salah mula melonjak sebaik dia tiba di ibu kota Itali itu pada tahun 2015.

Setelah mantap sebagai rakan kongsi penyerang di bawah Luciano Spalletti, Dzeko dan Salah berjaya menjaringkan 58 gol dalam semua pertandingan pada 2016-17 dan membantu Roma menduduki tempat kedua dalam Serie A.

Persembahan Salah yang cemerlang membolehkannya ke Merseyside, di bawah Jurgen Klopp dan pantas menjadi antara yang terbaik di dunia, dengan harga yang berjumlah kira-kira £43 juta.

"Saya mesti katakan, saya membantu Momo menjadi seperti sekarang, dalam beberapa cara," kata Dzeko dalam satu wawancara yang diterbitkan oleh Daily Mail minggu lalu.

"Kami mempunyai masa yang hebat bersama-sama di Rom, saya sangat gembira untuknya, seorang lelaki hebat yang layak untuk semua yang dia capai."

Dzeko kelihatan seperti pemain yang dilahirkan semula sejak berpindah ke utara dari Roma pada musim panas, dan telah mendapat perhatian peminat Inter sehingga mereka melupakan Romelu Lukaku, orang penting di sebalik kejayaan liga musim lalu.

Dzeko kini sudah meledak 14 gol dalam semua pertandingan. Gol penyamaannya ketika menentangn Napoli Sabtu lalu, memastikan Inter - yang ketinggalan satu mata di belakang AC Milan tetapi bermain kurang satu perlawanan - mempunyai kelebihan dalam pemburuan kejuaraan liga.

Dia menjaringkan dua gol ketika menentang Shakhtar Donetsk untuk membawa Inter ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara - kali pertama kelab Itali itu mara ke pusingan kalah mati dalam tempoh sedekad.

Liverpool pernah bertandang sekali ke San Siro musim ini, mengatasi AC Milan dan menyingkirkan seteru Inter itu dari pentas Eropah.

Bagaimanapun Dzeko merasakan jurang antara Inter dan Liverpool tidak terlalu besar.

"Liverpool pasukan yang bagus, mereka boleh dikalahkan tetapi mereka juga boleh membelasah anda. Kami akan cuba mencabar mereka," katanya. - AFP


Media Baharu