fb fb fb fb fb

Harimau Malaya terkejut keputusan FIFA, hormati prosiding

Pasukan bola sepak kebangsaan -Foto FB Malaysia NT

KUALA LUMPUR, 29 Sept- Skuad Harimau Malaya melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mengenakan hukuman penggantungan terhadap tujuh pemain warisan negara.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Malaysia NT, Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang belum pernah berlaku.

Jelasnya, FAM telah menangani isu tersebut dengan meneliti perkara berkaitan pentadbiran dan pasukan kebangsaan berdiri teguh di sebalik proses rayuan itu.

“Sebagai skuad Harimau Malaya, fokus kami adalah ke hadapan bagi membina pasukan yang kuat untuk perlawanan kelayakan menentang Laos.

"Dalam masa sama, memastikan disiplin, profesionalisme dan prestasi di atas padang terus mencerminkan kebanggaan serta semangat negara," katanya.

Beliau turut meluahkan keyakinan terhadap proses perundangan FIFA dan berharap keputusan akhir nanti akan dibuat secara adil dan telus.

“Kami menghormati prosiding yang sedang berjalan dan percaya proses ini akan menghasilkan keputusan yang adil dan telus.

“Ini adalah detik penentu bagi bola sepak Malaysia. Harimau Malaya kekal bersatu dan bersemangat, berdiri bersama pemain, jurulatih dan kakitangan dalam meneruskan perjuangan dengan matlamat dan iltizam,” ujarnya.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello