fb fb fb fb fb

Faizal tonggak Terengganu pertahan Piala Tun Abdul Razak

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 29 Sept - Penyerang sensasi pasukan hoki negara, Faizal Saari bakal menjadi tonggak utama Terengganu dalam misi mempertahankan kejuaraan hoki Piala Tun Abdul Razak yang bermula Rabu ini.

Jurulatih Terengganu, Mohd Harfizi Baharom, mengakui pengalaman luas pemain berusia 34 tahun itu amat diperlukan selepas pasukannya kehilangan enam tonggak, empat dipanggil menyertai skuad kebangsaan manakala dua lagi bersama skuad remaja.

Antara yang tidak dapat beraksi kali ini ialah pemain tengah Mohammad Fitri Saari, Mohamad Akhimullah Anuar Esook dan Syarman Mat Tee.

"Kalau ikutkan memang kita tahu kualiti Fitri dan ketiadaannya beri kesan di bahagian tengah. Tapi kita akan cuba perbaiki dengan pemain sedia ada.

"Insya-Allah, pengalaman Faizal boleh bantu pemain muda dalam pasukan," katanya pada sidang media di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Faizal sebelum ini muncul penjaring terbanyak edisi 2024 selepas membantu Terengganu menewaskan Johor 2-1 pada perlawanan akhir kejohanan.

Piala Tun Abdul Razak edisi ke-63 menyaksikan 13 pasukan lelaki dan 11 pasukan wanita berentap memburu gelaran juara.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello