fb fb fb fb fb

Atlet pekak negara wajar diberi perhatian, sokongan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Sept- Atlet pekak negara wajar terus diberi perhatian dan sokongan bagi memastikan mereka mampu mencipta lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penglibatan kontinjen Malaysia dalam ASEAN Deaf Games, ASEAN Pacific Deaf Games serta Deaflympics bukan sahaja membuka ruang persaingan sihat, malah menjadi landasan untuk mengangkat nama atlet pekak negara.

“Mereka telah meraih pelbagai kejuaraan namun tidak dikenali sebaliknya perlu diangkat nama mereka supaya menjadi inspirasi yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pelepasan Kontinjen Atlet Pekak Wilayah Persekutuan ke Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia ke-22 (SOPMA 2025) yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak dari 1 hingga 7 Oktober.

Beliau berkata kejayaan yang pernah dikecapi sebelum ini membuktikan kemampuan atlet pekak negara dan sokongan berterusan amat penting bagi memastikan mereka terus bersemangat.

“Kita perlu beri dorongan lagi kepada mereka supaya lebih bersemangat memandangkan mereka sudah buktikan kemampuan untuk menjadi juara,” katanya.

Kontinjen Atlet Pekak Wilayah Persekutuan kali ini disertai 60 orang merangkumi atlet, pegawai, jurulatih dan pasukan teknikal dengan persediaan hampir setahun bagi memastikan mereka benar-benar bersedia.

Wilayah Persekutuan sebelum ini pernah meraih kejayaan cemerlang pada SOPMA 2018 apabila muncul juara keseluruhan, dan semangat sama diyakini mampu diulang pada kejohanan akan datang.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello