fb fb fb fb fb

Harimau Malaya terima kunjungan Tunku Ismail pada sesi latihan

PETALING JAYA, 6 Januari - Skuad kebangsaan mendapat suntikan motivasi menjelang aksi separuh akhir Piala AFF 2022, Sabtu ini, apabila menerima kunjungan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada sesi latihan rasmi di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini.

Ketibaan baginda disambut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan kepimpinan tertinggi FAM lain termasuk Timbalan Presiden, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell.

Tunku Ismail meluangkan masa kira-kira 45 minit meninjau sesi latihan dikendalikan ketua jurulatih, Kim Pan Gon.


(Tunku Ismail meluangkan masa kira-kira 45 minit meninjau sesi latihan dikendalikan ketua
jurulatih, Kim Pan Gon)

Beliau juga sempat berbual bersama barisan pemain termasuk Brendan Gan, Syihan Hazmi dan Faisal Halim.

Latihan ini sebagai persiapan skuad Harimau Malaya sebelum bertemu Thailand bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Media Baharu