fb fb fb fb fb

Harimau Malaya perbaiki barisan pertahanan menjelang pertemuan dengan Vietnam

(Sharul Nazeem Zulpakar, pemain pertahanan Harimau Malaya)

SEPANG, 25 Disember- Enggan terus terbuai dengan kemenangan 5-0 ke atas Laos malam tadi, skuad Harimau Malaya kini mengalihkan fokus kepada pertemuan dengan Vietnam, Selasa ini.

Sedar, Vietnam merupakan sebuah pasukan yang mempunyai kekuatan dari segenap segi terutama jentera serangannya, skuad kebangsaan tekad untuk tidak membenarkan pertahanan negara dirobek.

Oleh yang demikian, berisan pertahanan akan diperkukuhkan dalam misi menghadapi skuad Pahlawan Bintang Emas nanti.

Pemain pertahanan, Sharul Nazeem Zulpakar bagaimanapun optimis dengan perancangan Kim Pan Gon dan berjanji akan memberikan fokus pada perlawanan yang akan datang ini.

Beliau yang juga lebih dikenali dengan jolokan 'AFRO' menyatakan dengan ketiadaan pemain pertahanan tengah, Ahmad Khuzaimi Piee sedikit sebanyak memberikan kesan kepada barisan pertahanan namun beliau yakin dengan barisan pertahanan yang ada mampu memberikan aksi terbaik.

"Ketiadaan Jimmy (Ahmad Khuzaimi ) merecatkan sedikit percaturan coach Kim tapi saya rasa jurulatih ada perancangan untuk mengantikan tempat Jimmy, kami juga ada pemain dalam mod 'bersedia' untuk setiap posisi.

"Siapa yang diturunkan menentang Vietnam kelak, saya harap semua pemain dapat beri 100% dan sekat daripada serangan yang akan diberikan oleh Vietnam nanti,"katanya.

Beliau ditemui di ketika ditemui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).sebelum berangkat ke Hanoi pagi tadi.

Sementara itu Afro turut menyatakan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana melakukan kesilapan pada perlawanan menentang Myanmar sehingga menyebabkan pasukan lawan memperoleh sepakan penalti.

Selepas dua perlawanan kempen Piala AFF 2022, Malaysia kini mendahului saingan kumpulan dengan kelebihan tiga mata di depan Vietnam (kedua) dan Singapura (ketiga) yang baru beraksi sekali dan dipisahkan dengan perbezaan jumlah gol manakala Myanmar dan Laos di kedudukan dua tercorot tanpa mata.


(Skuad Harimau Malaya bergambar sebelum berlepas ke Vietnam)

Media Baharu