fb fb fb fb fb

Rashford kekal di Old Traffod sehingga 2024

LONDON, 25 Disember- Penyerang Manchester United, Marcus Rashford menandatangani lanjutan kontrak yang menyaksikannya kekal di Old Trafford sehingga 2024.

Perkara itu didedahkan kelab Liga Perdana Inggeris tersebut, semalam.

Menerusi perjanjian tersebut, Rashford dilaporkan menerima gaji 250,000 pound seminggu berserta bonus.


(Penyerang Manchester United, Marcus Rashford melanjutkan kontrak bersama pasukan
itu sehingga 2024 / FOTO AFP)

Nilai itu menjadikan dia pemain England yang menerima gaji tertinggi dalam saingan EPL.

Penyerang berusia 25 tahun itu memulakan karier di akademi remaja United dan baharu sahaja pulang daripada kempen Piala Dunia bersama skuad The Three Lions yang terkandas di suku akhir di Qatar.

Selain Rashford, turut menyambung kontrak baharu ialah pertahanan kanan, Diogo Dalot, perancang tengah, Fred dan pertahanan kiri, Luke Shaw.

Skuad bimbingan Ten Hag, yang berada di tangga kelima liga, kembali beraksi di EPL selepas rehat Piala Dunia dengan menanti kunjungan Nottingham Forest, Rabu ini.-AFP

Media Baharu