fb fb fb fb fb

Harimau Malaya bakal buat kejutan malam ini

KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Harimau Malaya bakal membuat kejutan pada perlawanan antarabangsa tier 1 menentang Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kuala Terengganu malam ini.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon berkata pada masa ini tahap kecergasan pemain berada dalam keadaan terbaik untuk beraksi.

(PAN-GON (kiri) danĀ  Matthew Davies (kanan) dalam sidang media di Kuala Terengganu)

"Kami mahu memenangi semua perlawanan. Tetapi untuk menang kami perlu bermain seperti yang dirancang. Setiap matlamat yang dicapai lebih bernilai daripada sesuatu kemenangan. Saya percaya sekiranya kita mempunyai perancangan yang baik, kita akan berjaya lakar kemenangan," kata Pan Gon, pada Selasa.

Tambah Pan Gon, beliau optimis anak buahnya akan menampilkan persembahan terbaik untuk di sajikan kepada penyokong tegar Harimau Malaya.

Sementara itu bek kanan, Matthew Davies pula enggan rakan sepasukan memandang rendah keupayaan Kepulauan Solomon meskipun Malaysia dianggap pasukan pilihan.

"Bola sepak Kepulauan Solomon semakin meningkat. Kita tidak boleh memandang rendah dan perlu menghormati pasukan lawan. Ia sudah pasti menjadi satu perlawanan yang sukar untuk kami," kata Matthew.

Kepulauan Solomon kini berada di kedudukan ke-134 dunia berbanding Harimau Malaya yang menghuni ranking ke-138 dunia.

Perlawanan pada malam ini merupakan yang pertama membabitkan kedua-dua pasukan.

Media Baharu