fb fb fb fb fb

Hannah, Tengku Zafrul ucap tahniah kepada juara dunia beregu campuran negara, Tang Jie-Ee Wei

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 31 Ogos - Menteri Belia dan Sukan,Hannah Yeoh, mengucapkan tahniah kepada juara dunia beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang mencatatkan kemenangan ke atas gandingan China dalam Kejohanan Badminton Dunia 2025.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau memaklumkan bahawa Tang Jie-Ee Wei mempamerkan aksi terbaik sepanjang kejohanan ini, dan kemenangan tersebut adalah sepenuhnya layak mereka peroleh.

"Our Road to Gold Shuttlers Chen Tang Jie-Toh Ee Wei adalah juara dunia beregu campuran baharu Malaysia.

"Pingat emas Hari Merdeka ini bukan sahaja istimewa, kini ia akan kekal terukir dalam sejarah sebagai salah satu pencapaian sukan terbaik negara," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, turut meluahkan rasa bangga dan gembira atas kejayaan pasangan juara dunia tersebut.

"Juara dunia badminton Malaysia kembali mengaum di pentas dunia. Kemenangan ini adalah hadiah terindah, paling bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan," katanya.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN