(FOTO AFP)
MONTREAL, 20 Jun- Juara bertahan Formula One, Max Verstappen terus gah di puncak selepas berjaya menawan Grand Prix, GP Kanada dengan catatan 1 jam 36 minit 21.757 saat.
Kejayaan itu meletakkan pelumba pasukan Red Bull berkenaan 46 mata mengatasi rakan sepasukan, Sergio Perez dalam kedudukan keseluruhan pelumba.
Bermula di petak pertama, pelumba berusia 24 tahun itu bijak menghalang pemandu Renault, Fernando Alonso yang cuba memintas pada awal perlumbaan.
Strategi berkesan dan pemanduan konsisten membolehkan pelumba kelahiran Belanda itu selesa memimpin perlumbaan.
(Juara bertahan Formula One, Max Verstappen/ AFP)
Verstappen bagaimanapun diberi saingan sengit pelumba Ferrari, Carlos Sainz pada penghujung perlumbaan, sebelum melintasi garisan penamat dengan perbezaan kurang satu saat.
Sementara itu, juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, ketinggalan tujuh saat dibelakang Verstappen.
Ini adalah kejayaan pertama Verstappen di Kanada, dan keenam untuk musim ini.
Verstappen kini mencatat 26 kemenangan sepanjang karier perlumbaannya. -AFP