fb fb fb fb fb

Terbuka AS: Matt Fitzpatrick rangkul kejuaraan sulung

(FOTO AFP)

BROOKELINE, 20 Jun- Pemain Golf England, Matt Fitzpatrick merangkul kejuaraan utama sulungnya selepas memenangi saingan Terbuka Amerika Syarikat dalam aksi penuh dramatik.

Fitzpatrick bersaing hebat bersama pemain Amerika, Scottie Scheffler dan Will Zalatoris hingga ke lubang terakhir sebelum unggul sebagai juara.

Aksi di Country Club, Brookline menyaksikan Fitzpatrick mencatat dua pukulan bawah par 68 sekaligus menamatkan keseluruhan saingan dengan catatan enam di bawah par 274.

Keputusan itu menyaksikan Scheffler dan Zalatoris terpaksa akur tewas cuma satu pukulan.

(Pemain Golf England, Matt Fitzpatrick/ AFP)

Fitzpatrick kini menyamai rekod lagenda England, Jack Nicklaus yang berjaya memenangi kedua-dua kejohanan Amatur Amerika Syarikat dan Terbuka Amerika Syarikat.

Pemain ranking ke-18 dunia itu memenangi Kejohanan Amatur Amerika Syarikat pada 2013. -AFP

Media Baharu