(FOTO AFP)
KUALA LUMPUR, 20 Jun- Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka bakal berdepan ujian getir pada aksi kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang kelab Jepun, Urawa Red Diamonds.
Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos dan19 Ogos depan, manakala suku akhir pada 22 Ogos dan pusingan separuh akhir pada 25 Ogos.
Konfederasi Bolasepak Asia, AFC mengesahkan Jepun bakal menjadi tuan rumah bagi pusingan 16 terakhir, Suku Akhir dan Separuh Akhir untuk zon timur bagi saingan itu.
Melalui satu kenyataan, AFC memaklumkan Stadium Saitama bakal menjadi venue berpusat kepada lapan pasukan bersaing termasuk wakil Malaysia, JDT.
(Foto kredit: Johor Southern Tigers)
Stadium berkenaan merupakan gelanggang utama pasukan Urawa Red Diamonds, yang menjadi lawan JDT pada pusingan 16 terakhir.
Kesemua aksi dalam perlawanan itu akan menggunakan format satu perlawanan.
Sementara itu, AFC memaklumkan pusingan penyingkiran bagi zon barat diadakan pada Februari tahun hadapan dengan venue tuan rumah akan diumumkan kemudian.