fb fb fb fb fb

GP Itali: Gasly mulakan perlumbaan di lorong pit

Pierre Gasly ketika sesi latihan di GP Itali / AFP

MONZA, 7 September - Pelumba dari Perancis, Pierre Gasly akan memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Itali dari lorong pit.

Ia disebabkan pasukannya, Alpine menggantikan unit kuasa keretanya dan mengeluarkannya daripada syarat 'parc ferme'.

Perkara tersebut diumumkan pasukan menerusi media sosial.

Gasly dilaporkan bergelut untuk mencapai kelajuan di litar Monza.

Dia hanya menamatkan sesi kelayakan di tempat ke-19 daripada 20 pelumba.

Sementara itu, seorang lagi pemandu Perancis, Isack Hadjar dari Racing Bulls, turut diturunkan ke lorong pit selepas pasukannya menukar enjin kereta.

Hadjar sebelum itu layak di tempat ke-16.

Di barisan hadapan, juara bertahan empat kali, Max Verstappen (Red Bull) akan bermula di petak utama, diikuti Lando Norris (McLaren) dan pendahulu kejuaraan, Oscar Piastri (McLaren). -AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID