fb fb fb fb fb

Golf Terbuka Phoenix, pemain rookie, Theelaga menyerlah di pusingan kedua

FOTO AFP



LOS ANGELES, 12 Februari- Sahith Theegala melakar tujuh di bawah par 64 pada Jumaat untuk muncul pendahulu aksi Terbuka Phoenix, dengan bekas pemain nombor satu dunia Brooks Koepka dan Xander Schauffele di belakangnya.

Theegala, seorang rookie jelajah dari California, bagaimanapun bermula dengan aksi kurang memberangsangkan apabila mencatat bogey pada lubang ke lapan sebelum kembali ke puncak dengan lapan birdie pada pusingan kedua di TPC Scottsdale.

Jumlah 12 bawah par 130 meletakkannya dua pukulan di hadapan Koepka dan Schauffele, Koepka yang melakukan enam birdie, lima bawah par 66 manakala Schauffele mencatat enam bawah par 65 tanpa bogey untuk mencapai 132 pukulan.

Juara Piala FedEx Patrick Cantlay pula bersendirian di tempat keempat selepas membenam lima birdie untuk mengumpul 133 pukulan.

Adam Hadwin dari Kanada dan pemain Amerika Talor Gooch dan Max Homa mencatat 134 pukulan.

Suasana kecoh pada kejohanan yang menarik lebih 100,000 peminat setiap hari yang kembali berkuat kuasa tahun ini selepas pandemik COVid-19 menyaksikan kehadiran harian terhad kepada 5,000 tahun lepas.- AFP

Media Baharu