12 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Oktober – Sebanyak 12 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu, setakat pukul 9.00 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • IPD Serian catat bacaan tertinggi 193, diikuti Kuching 188 dan Samarahan 183.
  • Beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Sarawak turut mencatat bacaan IPU tidak sihat.
  • 44 kawasan catat bacaan sederhana dan 12 kawasan baik; klasifikasi IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301+ berbahaya.

Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) memaklumkan bahawa IPD Serian di Sarawak mencatat bacaan tertinggi iaitu 193, diikuti Kuching, Sarawak (188) dan Samarahan, Sarawak (183).

“Kawasan lain yang mencatat IPU pada tahap tidak sihat adalah Sri Aman, Sarawak (159), Batu Pahat, Johor (157), Pasir Gudang, Johor (157), Kluang, Johor (155) dan Paka, Terengganu (153).

“Selain itu, Nilai, Negeri Sembilan (152), Seremban, Negeri Sembilan (152), Larkin, Johor (152) dan Kota Tinggi, Johor (116),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, 44 kawasan pula merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala 12 lagi baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.