KUALA LUMPUR, 13 April- Gandingan beregu negera, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024.
Mereka telah menewaskan rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam aksi straight sets, 21-14 dan 21-18.
Sze Fei-Nur Izzudin mempamerkan aksi cemerlang, menundukkan pasangan pilihan keempat kejohanan itu.
Selepas ini, Sze Fei-Nur Izzudin bakal berdepan saingan akhir, bertemu sama ada wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po-Han atau wakil China, Liang Wei Kang-Wang Chang.
Ia merupakan kali pertama gandingan beregu nombor dua negara itu melayakkan diri ke pusingan akhir untuk tahun 2024.
Terdahulu, Sze Fei dan Nur Izzudin telah berjaya menewaskan wakil gergasi badminton dunia antaranya dari Korea Selatan iaitu Seo Sung Jae-Kang Min Hyuk dan bekas juara Olimpik, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan.