CARACAS, 14 April- Juara Olimpik acara lompat kijang wanita, Yulimar Rojas bakal terlepas beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mengalami kecederaan betis.
Atlet Venezuela berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan semasa latihan di Sepanyol dan sudah menjalani pembedahan di Madrid.
Yulimar memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016 dan juga meraih emas ketika temasya di Tokyo pada 2021.
Beliau memenangi kejuaraan dunia kali keempat di Budapest tahun lalu cubaan lompatan terakhirnya.
Yulimar juga pemegang rekod dunia dalam acara itu dengan lompatan 15.74 meter pada 2022.
Atlet itu juga dipilih sebagai Atlet Terbaik Dunia untuk acara padang wanita tahun lalu dan akan menjadi pilihan untuk mengekalkan pingat emas di Olimpik Paris 2024.- REUTERS