BARCELONA, 14 April- Pemain veteran Sepanyol, Rafael Nadal berharap dapat segera pulih sebelum aksi pembukaan Tenis Terbuka Barcelona, berdepan pemain muda Itali, Flavio Cobolli, esok.
Selaku juara 12 kali, Nadal berharap mampu cergas sepenuhnya untuk memulakan aksi di hadapan penyokong sendiri.
Nadal terpaksa menarik diri daripada saingan Masters Monte Carlo minggu lalu selepas gagal pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Sementara itu, pihak penganjur masih belum mengesahkan sama ada pemain berusia 37 tahun ini, bakal turun beraksi pada kejohanan ATP 500.
Nadal yang juga juara 22 kali gelaran Grand Slam sebelum ini menyatakan hasrat untuk bersara selepas musim 2024.
Beliau yang berehat selama setahun akibat kecederaan pinggul membuat kemunculan semula pada awal tahun ini di saingan Antarabangsa Brisbane.
Nadal bagaimanapun tumpas pada suku akhir ke atas pemain Australia, Jordan Thompson.-REUTERS