fb fb fb fb fb

Giulio Pellizzari ungguli peringkat ke-17 Vuelta a Espana

Pelumba Itali, Giulio Pellizzari / FOTO AFP

MADRID, 11 September - Pelumba Itali, Giulio Pellizzari muncul juara peringkat ke-17 Vuelta a Espana selepas meninggalkan kumpulan kecil pelumba lain pada pendakian menuju garisan penamat.

Pelumba Red Bull-BORA Hansgrohe itu melakukan serangan ketika berbaki 3.5 kilometer daripada keseluruhan laluan sejauh 143.2 kilometer dari O Barco de Valdeorras yang berakhir di pendakian kategori satu, Alto de El Morredero.

Pellizzari menamatkan saingan 16 saat di hadapan pelumba Britain, Tom Pidcock dari pasukan Q36.5 Pro Cycling Team, manakala pelumba Australia Jai Hindley di tempat ketiga.

Jonas Vingegaard pula menamatkan perlumbaan selepas itu, dua saat lebih awal daripada pencabar terdekatnya dalam kedudukan keseluruhan, Joao Almeida.

Keputusan itu menyaksikan pelumba Denmark itu kini menguasai jersi merah dengan kelebihan 50 saat, manakala Pidcock ketinggalan hampir dua setengah minit di tempat ketiga keseluruhan.- REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE