fb fb fb fb fb

Gerrard Ketua jurulatih baharu Al-Ettifaq

(FOTO AFP)

LONDON, 4 Julai -Arab Saudi terus rancak untuk menaikkan kualiti liga bola sepak negara itu.

Selepas membawa masuk beberapa pemain ternama, kini mereka mula memburu jurulatih.

Legenda Liverpool, Steven Gerrard muncul nama besar terbaru menyertai Liga Arab Saudi apabila dilantik sebagai Ketua Jurulatih Al-Ettifaq dengan kontrak selama dua tahun.

Gerrard, 43, kembali ke bidang kejurulatihan selepas dipecat oleh Aston Villa pada Oktober lalu, kurang setahun selepas dia hanya mampu memenangi dua daripada 12 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gerrard yang sebelum ini membimbing Rangers memenangi kejuaraan Liga Perdana Scotland musim 2020-2021 sebagai gelaran pertama karier kejurulatihannya, sudah lama menjadi sasaran kelab Arab Saudi itu.

Tawaran awal Al-Ettifaq pada awalnya telah ditolak oleh Gerrad, namun, ia tidak merencatkan usaha Al-Ettifaq untuk hadir dengan tawaran baharu yang lebih lumayan.

Nilai tawaran tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.


(Ketua jurulatih, KelabĀ Al-Ettifaq, Steven Gerrard/FOTO AFP)

Media Baharu