fb fb fb fb fb

KUFC ikat dua Import Korea Selatan

(FOTO RTM)

KOTA BHARU, 4 Julai -Kelantan United FC hari ini menandatangani dua pemain import dari Korea Selatan dan akan memperkuatkan pasukan pada baki saingan Liga Malaysia untuk musim 2023.

Pengarah Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman berkata, kehadiran dua pemain import itu akan menjadi nilai tambah buat sang 'Kijang Hijau' untuk kembali memberi saingan kepada pasukan pencabar lain seterusnya memperbaiki kedudukan dalam Liga Super.

Katanya, dua pemain tersebut ialah Kim Min Kyu, 22 tahun dan Kim Deok, 21 tahun.

Wan Mohd Zul berkata Min Kyu berupaya beraksi di posisi sayap kiri serta kanan, dibawa masuk dari kelab Liga K4 Korea Selatan, Pyeongtaek Citizen FC, manakala Kim Deok yang beraksi di posisi pertahanan pula adalah bekas pemain kelab Thai League 3, Saraburi United FC.

Kedua-dua pemain berkenaan telah menyertai sesi percubaan bersama KUFC sejak minggu lepas.

Mereka mempamerkan corak permainan yang baik serta dilihat mampu memberi sumbangan kepada kelab dan pasukan.


(Pemain import baharu KUFC, Kim Min Kyu dan Kim Deok)

Media Baharu