fb fb fb fb fb

Gavin Green di kedudukan ketujuh Terbuka Joburg, juara milik wakil tuan rumah

Pemain golf Afrika Selatan, Dean Burmester

JOHANNESBURG, 27 November- Pemain Afrika Selatan, Dean Burmester merangkul kejuaraan golf Jelajah Eropah ketiganya selepas meraih kemenangan di Terbuka Joburg di Johannesburg pada Ahad.

Kejayaan terakhirnya ialah di Terbuka Tenerife dua tahun lalu dan pemain berusia 34 tahun itu juga pernah memenangi Terbuka Tshwane 2017.

Muncul juara dengan kelebihan tiga pukulan, rakan senegara Darren Fichardt di kedudukan kedua dengan mengumpul 15 bawah par diikuti atlet England Dan Bradbury dengan 13 bawah par.

Sementara itu, wakil negara, Gavin Green menduduki kedudukan ketujuh selepas mengumpul 10 bawah par untuk berkongsi tempat dengan seorang lagi wakil Afrika Selatan, Triston Lawrence.- AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE