fb fb fb fb fb

Serie A: Inter dan Juventus sama liat

FOTO AFP

TURIN,27 November - Pertembungan dua gergasi Itali, Inter Milan dan Juventus berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Allianz itu, Juventus terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-27 melalui Dusan Vlahovic yang berjaya menyudahkan umpanan Federico Chiesa.

Tersentak dengan jaringan berkenaan, Inter Milan melancarkan serangan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Lautaro Martinez pada minit ke-31 menerusi hantaran lintang Marcus Thuram.

Keputusan seri itu meletakkan Inter di persada liga dengan 32 mata, manakala Juventus di tangga kedua dengan 30 mata.

Pengurus Inter Milan, Simone Inzaghi menyifatkan perlawanan menentang Juventus adalah perlawanan yang sukar.

"Sesuatu yang sukar menentang pasukan Juventus, terutamanya ketika mereka telah mendahului.

"Para pemain fokus kepada perlawanan dan berjaya mendapatkan gol penyamaan. Pada separuh masa kedua, kami tidak banyak mencipta peluang, namun keputusan seri sudah memadai bagi kami terutamanya menentang pasukan yang kuat seperti Juventus", kata Inzaghi kepada DAZN.

Sementara itu, Pengurus Juventus Massimiliano Allegri menyalahkan para pemainnya kerana melepaskan gol mudah pada awal permainan.

"Kami melepaskan gol yang sangat mudah pada separuh masa pertama.

"Nasib memihak kepada mereka yang berani, jadi kami perlu memperbaiki kelemahan yang ada dan memperkemaskan benteng pertahanan", kata Allegeri.

Juventus dijadualakan bertemu Monza pada Jumaat, manakala Inter Milan bakal membuat perhitungan dengan Benfica pada Liga Juara pada Rabu sebelum bertandang ke Napoli pada minggu depan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD