fb fb fb fb fb

Ganti pemain cedera untuk kekal momentuk pasukan Bunga Raya 7s

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 Oktober - Pasukan ragbi tujuh sebelah kebangsaan Bunga Raya 7s, yakin untuk tampil dengan prestasi lebih positif menjelang Kejohanan Ragbi Asia Siri Kedua 2025 yang akan berlangsung di Colombo, Sri Lanka, pada 18 dan 19 Oktober ini.

Setiausaha Agung Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Fahmy Jalil, berkata kejohanan itu akan menjadi medan penting untuk menilai keupayaan pasukan sebelum Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.

Menurutnya, tiga pemain utama skuad lelaki yang mengalami kecederaan serius telah digantikan agar tidak menggangu momentum pasukan.

"Untuk pasukan lelaki ada pertukaran 3 pemain kerana mengalami kecederaan serius. Oleh itu tiga pemain baharu dibawa masuk daripada senarai panjang yang dimiliki pasukan bagi mengekalkan momentum pasukan. Colombo akan menjadi medan untuk mereka menunjukan prestasi mereka sebelum jurulatih membuat keputusan untuk senarai pendekkan 12 pemain," katanya.

Pemain yang terlibat ialah Wan Azley Wan Omar, Muhammad Safiy Md Said dan Muhammad Syahmi Mohd Yusof.

Tempat mereka digantikan oleh Ahmad Zulhilmi Azizad, Muhammad Harith Iqbal Muhamad Anhar dan Amar Syamim Nor Herman.

Pada siri pertama Kejohanan Ragbi Asia Siri Kedua 2025 yang berlangsung di Hangzhou, China, bulan lalu, pasukan lelaki negara menamatkan saingan di tempat keenam, manakala skuad wanita di tempat kelapan keseluruhan.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN