KUALA LUMPUR, 20 Disember- Gambar Lionel Messi memenangi Piala Dunia FIFA menerima paling banyak ‘like’ berbanding foto yang dimuat naik atlet lain di Instagram.
Catatan Messi, berbunyi "JUARA DUNIA!!!!!!!," mendapat lebih 50 juta ‘like’ di platform media sosial sejak dimuat naik pada Ahad.
Foto itu menyaksikan Messi menjulang trofi Piala Dunia sambil meraikan kemenangan gemilang Argentina ke atas juara bertahan Perancis.
Jumlah ‘like’ itu mengatasi hantaran sebelum ini termasuk dari Cristiano Ronaldo dan gambar Messi bermain catur yang sebelum ini mencatatkan rekod kira-kira 42 juta ‘like’ di Instagram.
(Lionel Messi memenangi Piala Dunia FIFA / FOTO IG LEOMESSI)
Messi mempunyai lebih 400 juta pengikut di Instagram.
Pada Ahad, pasukan Argentina yang diketuai Messi menewaskan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.