fb fb fb fb fb

Demi kebajikan atlet negara, KBS jamin kerjasama penuh dengan MOM

BUKIT KIARA, 20 Disember- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) demi kebajikan atlet negara.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan KBS bersedia untuk berganding bahu dengan barisan kepimpinan MOM diketuai Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

"Kita akan adakan perbincangan bersama MOM untuk mendengar cabaran yang mereka hadapi...bagaimana KBS boleh membantu atau sokongan yang boleh kita berikan.

"Pembentangan bajet untuk tahun depan, kita berharap dana yang diberikan kepada KBS mencukupi untuk kita membangunkan sukan di Malaysia," katanya.

(Hannah Yeoh)

Beliau ditemui media selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-203 di Akademi Badminton Malaysia (ABM), di sini hari ini.

KBS tidak mempunyai masalah dengan MOM walaupun badan induk itu ‘terguris’ dengan kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, baru-baru ini.

Media Baharu