fb fb fb fb fb

Pemenang Piala Dunia, Argentina tiba di Buenos Aires

ARGENTINA, 20 Disember- Pesawat yang membawa pemenang Piala Dunia Argentina dan kapten mereka Lionel Messi pulang dari Qatar, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza di Buenos Aires pada 2.40 pagi hari ini.

Setelah menewaskan Perancis pada perlawanan akhir Ahad lalu, para pemain akan bermalam di kompleks latihan Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) berhampiran lapangan terbang.

Ribuan penokong menunggu bagi meraikan kemenangan pasukan itu. Mereka kemudiannya akan memulakan lawatan ke pusat bandar Buenos Aires.

Messi, berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir itu merupakan pemain pertama yang muncul dari pesawat dengan menjulang Piala Dunia diikuti jurulatih Lionel Scaloni.

Ia diikuti penyerang pasukan Julian Alvarez, juga tampil cemerlang di Qatar apabila menjaringkan empat gol.

Gambar Messi terpampang di bahagian ekor pesawat yang ditulis; "satu pasukan, satu negara, satu impian."

Para pemain keluar dari pesawat dan berjalan di permaidani merah menuju ke sebuah bas diiringi lagu tema Piala Dunia mereka "Muchachos" yang dinyanyikan oleh kumpulan ska La Mosca.- AFP

(Messi memegang Piala Dunia ketika turun dari pesawat)

Media Baharu