fb fb fb fb fb

Forest pecat Nuno

Nuno Espirito Santo dipecat selepas berselisih faham dengan pemilik kelab Evangelos Marinakis. Foto AFP

LONDON, 9 September - Ketua jurulatih Nottingham Forest, Nuno Espirito Santo dipecat hari ini selepas mengemudi pasukan itu selama 21 bulan.

Sekali gus menjadi pengurus Liga Perdana Inggeris pertama yang dipecat musim ini selepas berselisih faham dengan pemilik kelab Evangelos Marinakis.

"Kelab ini mengucapkan terima kasih kepada Nuno atas sumbangannya," katanya Nottingham Forest dalam kenyataan.

Sebagai rekod, pengendali berusia 51 tahun itu mengambil alih Forest pada Disember 2023 dan berjaya mengekalkan Nottingham Forest dalam saingan liga utama.

Musim lalu, Forest menamatkan saingan di kedudukan ketujuh yang merupakan kedudukan terbaik kelab sejak musim 1994/1995.

JALALUDDIN BIN BAHARIN