fb fb fb fb fb

FIFA terima 1.5 juta permohonan tiket Piala Dunia dalam tempoh 24 jam

FIFA terima 1.5 juta permohonan tiket Piala Dunia dalam tempoh 24 jam / Foto Reuters

ZURICH, 12 September – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerima lebih 1.5 juta permohonan tiket daripada peminat di 210 negara dalam tempoh 24 jam selepas cabutan pra-jualan untuk Piala Dunia 2026 dibuka, kata badan induk itu pada Khamis.

Permintaan luar biasa itu didominasi peminat dari Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada selaku tuan rumah bersama, diikuti Argentina, Colombia, Brazil, England, Sepanyol, Portugal dan Jerman.

FIFA berkata, sambutan tersebut menyerlahkan tarikan global kejohanan edisi 48 pasukan yang diperluas, dengan 104 perlawanan bakal berlangsung di 16 bandar tuan rumah di Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat.

Cabutan pra-jualan dibuka sehingga 19 September, manakala masa penyertaan tidak menjejaskan peluang peminat untuk memperoleh tiket.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel bermula 29 September, dengan pembelian tiket boleh dibuat mulai 1 Oktober.

Harga tiket ditetapkan serendah AS$60, namun sistem harga dinamik akan dilaksanakan dalam fasa pertama jualan, membolehkan harga berubah mengikut permintaan pasaran.

Fasa tambahan penjualan tiket dijadual bermula Oktober depan. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN