fb fb fb fb fb

Fasa baharu NHDP: Fokus tingkat kualiti, jumlah kejohanan di peringkat akar umbi

(FOTO FB Malaysian Hockey Confederation)

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) memasuki fasa baharu selepas era pandemik dengan memfokuskan kepada meningkatkan kualiti dan jumlah kejohanan berbanding sesi latihan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Prof Datuk Dr S Shamala berkata, peralihan fasa itu bertujuan memupuk semangat untuk bertanding dan bersaing di peringkat akar umbi.

"Program pembangunan ini ada beberapa elemen selama ini kita dah fokus kepada elemen latihan, kali ini adalah daripada kejohanan terutama selepas pandemik, jadi program ini merupakan satu yang dijalankan secara keseluruhan semua pusat kita terlibat secara zon ini, merupakan kemuncak diantara yang paling elit," katanya.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata objektif lain NHDP ialah untuk menjadi salah satu platform pencarian bakat-bakat baharu sebelum dapat diketengahkan di peringkat kebangsaan

"Memang program ini adalah program berstruktur, melibatkan kerjasama terutama Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Pendidikan (KPM). Jadi kami mahu pihak sekolah juga terlibat tapi yang pentingnya kerjasama pasukan yang ada dan juga bantuan yang diberikan oleh semua tenaga pengajar ataupun jurulatih peringkat akar umbi telah banyak membantu,"ujar Subahan.


(Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan MHC, Prof Datuk Dr S Shamala)

Terdahulu, Subahan bersama S. Shamala turun padang menyaksikan perlawanan akhir Karnival Hoki Program NHDP Kebangsaan B-17 Lelaki di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan tersebut menyaksikan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, SSTMI muncul juara dengan menewaskan Sekolah Sukan Pahang SMK Seberang Temerloh dengan 6-0.

Media Baharu