fb fb fb fb fb

PM bangga semangat juang pemain Harimau Malaya

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan para pemain Harimau Malaya pada perlawanan menentang Bahrain malam tadi.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata kalah menang itu adat pertandingan dan skuad kendalian Kim Pan Gon perlu terus berjuang untuk perlawanan seterusnya.

"Saya tetap bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan para pemain Harimau Malaya kita!.

"Kalah menang itu adat pertandingan, kita berjuang lagi untuk perlawanan seterusnya.

"Buat para pemain, ini bukan pengakhiran tetapi peluang untuk kita buat lebih baik selepas ini. Ayuh bangkit!," katanya.

(FOTO FB PM)

Berita berkaitan
Gol penalti Helal kecewakan Skuad Harimau Malaya
PM saksi perlawanan Malaysia menentang Bahrain

Media Baharu