fb fb fb fb fb

FAM terima perletakan jawatan Mohd Saifuddin

(Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar)

KELANA JAYA, 23 Ogos- Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM telah menerima peletakan jawatan Setiausaha Agungnya, Mohd Saifuddin Abu Bakar.

Dalam satu kenyataan, FAM bagaimanapun memaklumkan Mohd Saifuddin akan meneruskan baki khidmatnya sehingga 31 Ogos 2022.

"Jawatankuasa Eksekutif FAM dalam mesyuarat khas kali kedua bagi penggal 2021-2025 pada hari ini telah menerima peletakan jawatan tersebut dan akamkan penghargaan kepada Mohd Saifuddin atas khidmat cemerlang beliau sepanjang bersama FAM, termasuk penganjuran perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jun lalu yang membawa skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023," menurut kenyataan tersebut.

Mohd Saifuddin, 61 tahun, ini dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM bagi menggantikan Stuart Ramalingam berkuat kuasa pada 1 September 2021.

Peletakan jawatan tersebut disebabkan beliau mahu menumpukan kerjayanya ke peringkat antarabangsa.


(Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar)

Media Baharu