fb fb fb fb fb

Tze Yong tersingkir di pusingan kedua

(Perjuangan Tze Yong di Kejuaraan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun itu berakhir di pusingan kedua/AFP)

KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mempamerkan semangat juang tinggi sebelum terpaksa akur tewas di tangan Sitthikom Thammasin dari Thailand pada aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia.

Perjuangan Tze Yong di Kejuaraan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun itu berakhir di pusingan kedua selepas pemain ranking ke-42 dunia itu tewas kepada Sitthikom Thammasin dari Thailand, 9-21, 21-10, 19-21.

Tze Yong yang membuat penampilan pertama di kejohanan dunia, terpaksa akur kepada Sitthikom dalam pertarungan tiga set yang berlangsung selama lebih satu jam.

Pemain berusia 22 tahun itu gagal mengulangi aksi hebat ketika menewaskan juara Masters Malaysia dari Indonesia, Chico Aura Dwi Widoyo di pusingan pertama semalam apabila tumpas mudah 9-21 di set pertama.

Namun, Tze yong bangkit di set kedua untuk menang 21-10 dan mengheret permainan ke set penentuan.

(Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong (atas) membalas pukulan pemain Thailand,
Sitthikom Thammasin pada aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun/AFP)


Bagaimanapun, pemenang perak pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham itu sekali lagi gagal menyaingi kehebatan lawannya yang berada di ranking ke-33 dunia tersebut apabila tewas 19-21 di set ketiga.

Sementara itu, pemain perseorangan utama wanita negara, S. Kisona turut gagal meneruskan kemaraan apabila tewas kepada pemain di ranking ke-80 dunia, Vu Thị Trang dari Vietnam 10-21, 17-21 pada aksi pusingan pertama.

Seorang lagi pemain perseorangan wanita, Soniia Cheah bagaimanapun memberi sedikit kelegaan apabila menumbangkan pemain Indonesia yang menduduki ranking ke-44 dunia, Putri Kusuma Wardani 21-19, 21-18 dan layak ke pusingan kedua.

Media Baharu