fb fb fb fb fb

Penyokong Manchester United akhirnya keluar 'GUA'

Foto Reuters

ENGLAND, 23 Ogos- Manchester United akhirnya menghadiahkan kegembiraan buat para penyokongnya apabila mencatat kemenangan pertama musim ini, sekali gus menamatkan badi dua kekalahan berturut-turut.

Lebih manis, kejayaan itu dilakar dengan menewaskan musuh tradisi mereka, Liverpool 2-1 serta disaksikan pemain baharu yang dibeli, Casemiro di Old Trafford.

Pada aksi tersebut, United jelas tampil dengan lebih baik berbanding ketika tewas kepada Brighton dan Brentford sebelum ini.


(Cristiano Ronaldo dari Manchester United bersama pengurus Erik ten Hag / Foto Reuters)

Jadon Sancho meletakkan United di depan pada babak pertama sebelum Marcus Rashford melebarkan kelebihan menerusi jaringan pertamanya di babak kedua.

Liverpool cuba mengejar dengan jaringan Mohamed Salah 10 minit sebelum tamat permainan, namun ia belum cukup untuk menyelamatkan Liverpool daripada mengalami kekalahan pertama musim ini.

Saya benar-benar berpuas hati dan gembira. Jelas sekali kami mahu menggunakan pendekatan yang berbeza dan kami telah berjaya melakukannya.Namun, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki, dalam proses itu, kita harus terima sebarang kekalahan dan ia pastinya menjadi tajuk utama. Namun kemenangan ini juga amat penting. Kmai baharu sahaja bermula dan apa yang perlu kami lakukan ialah teruskan momentum kemenangan ini.” kata pengurus Manchester United, Erik Ten Hag.

"Inilah situasi kami hadapi ketika ini. Aksi kami tidak begitu sempurna, namun pemain menunjukkan peningkatan yang lebih bagus. Namun , saya fikir kami mungkin boleh memenangi perlawanan ini jika pemain beraksi dengan lebih baik lagi”kata pengurus Liverpool, Juergen Klopp

Kemenangan itu menyaksikan The Red Devils naik ke tangga ke-14 manakala Liverpool di tangga ke-16 selepas mencatat dua keputusan seri sebelum ini.- Reuters

Media Baharu