CHORZOW, 17 Ogos – Pelari jarak sederhana Kenya, Faith Kipyegon hampir memecahkan rekod dunia acara 3,000 meter wanita pada aksi Silesia Diamond League, Sabtu lalu.
Enam minggu selepas memperbaharui rekod dunia 1,500 meter miliknya di Eugene, atlet berusia 30 tahun itu mencatat masa 8 minit 07.04 saat dalam acara bukan Olimpik tersebut.
Catatan itu hanya kurang satu saat daripada rekod dunia 8 minit 06.11 saat yang dipegang Wang Junxia dari China sejak tahun 1993.
Kipyegon, juara Olimpik tiga kali dan pemenang empat kali kejuaraan dunia, juga pemegang rekod dunia acara satu batu serta pernah memegang rekod dunia 5,000 meter.
Dalam perlumbaan itu, dia dibantu dua pelari pacemaker, Sage Hurta-Klecker dari Amerika Syarikat dan Jessica Hull dari Australia, yang juga pemenang pingat perak Olimpik.
Ini merupakan kali ketiga dia hampir mencipta rekod baharu, selepas cubaan di Paris Jun lalu untuk memecah tembok empat minit dalam acara satu batu berakhir dengan catatan 4 minit 06.42 saat.-AFP NEWS