fb fb fb fb fb

Faisal Halim tidak beraksi menentang Palestin

Pemain Malaysia Faisal Halim ketika melepasi asakan pemain Nepal Anjan Bista pada perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 bagi kumpulan F di Stadium Sultan Ibrahim. / BERNAMA

JOHOR BAHRU, 6 September - Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim terpaksa menarik diri daripada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Isnin ini.

Ketua jurulatih, Peter Cklamovski mengesahkan perkara itu dengan menjelaskan Faisal atau lebih mesra disapa 'Mickey' berdepan masalah peribadi.

Beliau juga mengalami kecederaan kecil di bahagian lutut.

“Kami membuat keputusan agar Mickey tidak bersama pasukan kali ini. Dari segi persiapan bola sepak dan komitmen bersama pasukan, beliau sebenarnya sangat baik.

"Namun, beliau kini berdepan situasi peribadi yang perlu dihormati selain turut menjejaskan fokusnya terhadap bola sepak. Dengan mengambil kira semua keadaan itu, keputusan terbaik adalah tidak membawanya bersama pasukan kali ini,” katanya dalam sidang media.

Cklamovski menegaskan penarikan diri pemain berusia 27 tahun itu adalah langkah tepat bagi memberi ruang untuk memulihkan diri.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID