fb fb fb fb fb

Faisal Halim dalam pemantauan pakar, selepas jalani pembedahan keempat

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar

SHAH ALAM, 22 Mei- Pembedahan keempat yang dijalani pemain sayap sensasi Harimau Malaya, Muhammad Faisal Abdul Halim menunjukkan perkembangan positif.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Shahril berkata Faisal yang menjalani pembedahan 'split skin grafting' pada Isnin lepas akan diteliti pakar untuk menentukan sama ada beliau dibenarkan pulang ke rumah atau sebaliknya.

"Prosedur berjalan dengan lancar. Ini rezeki Faisal juga. Jadi, apa yang berlaku selepas ini doktor pakar akan pantau Faisal. Kemudian, daripada situ kita tahu bila Faisal Halim akan keluar dari hospital."

"Tadi pun saya berjumpa dengan Faisal banyak perkembangan ditunjukkan. Kita doakan sama-sama," kata Datuk Seri Shahril kepada pemberita, hari ini.

Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM