fb fb fb fb fb

Goh, Izzuddin mara ke peringkat suku akhir, berdepan Denmark

KUALA LUMPUR, 23 Mei -  Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Mohd Rumsani berjaya melayakan diri ke peringkat suku akhir selepas menumpaskan pasukan Thailand, Peeratchai Sukphun dan Pakkapon Teeraratsakul dalam saingan badminton Malaysia Master 2024.

Saingan yang berlangsung di Axiata Arena itu menyaksikan pasangan di kedudukan ke-31 dunia itu menampilkan prestasi cemerlang hingga meraih kemenangan dalam straight set 21-17 dan 21-12.

Pasangan negara berkenaan hanya memerlukan 30 minit untuk menjinakan pasukan lawan.

Pada set pertama kelihatan pasukan negara bermain dengan agak perlahan namun peluang itu gagal dimanfaatkan pasukan lawan.

Pasangan negara terus bangkit dengan memberikan saingan hebat kepada lawan mereka.

Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang ditemui pemberita berkata, pengalaman yang ada akan digunakan bagi menghadapi saingan di peringkat suku akhir esok.

"Mungkin saya akan fokus kepada perlawanan esok. Pada awal itu saya kena pastikan keadaan bersedia, saya tak mahu ia kelihatan perlahan. Saya fokus untuk menang," selepas menamatkan perlawanan menentang pasukan Taiwan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Mereka akan berdepan pasangan dari Denmark, Kim Astrup dan Andres Skaarup Rasmussen.

Customer Support