fb fb fb fb fb

F1 GP Itali : Verstappen rampas petak utama daripada Norris

FOTO REUTERS

MONZA, 6 September - Max Verstappen menghadiahkan Red Bull petak utama Grand Prix Formula 1 Itali selepas menyingkirkan cabaran Lando Norris dengan catatan masa terakhir yang mengagumkan di Litar Monza.

Norris terlebih dahulu mendahului carta menerusi pusingan terpantasnya, namun Verstappen, juara dunia empat kali, berjaya mengatasi catatan itu dengan kelebihan 0.077 saat.

Pelumba McLaren yang juga pendahulu kejuaraan dunia, Oscar Piastri, akan bermula di petak ketiga manakala wakil Ferrari, Charles Leclerc melengkapkan barisan kedua.

Rakan sepasukan Leclerc, Lewis Hamilton, mencatat masa kelima terpantas tetapi bakal dikenakan penalti penurunan lima petak di grid.

Keputusan itu sekali gus menyemarakkan lagi perebutan podium di “Pista Magica” yang terkenal dengan kelajuan tinggi serta sokongan padu penyokong fanatik Ferrari.

Perlumbaan utama Grand Prix Itali dijadual berlangsung pada Ahad di Monza.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE