fb fb fb fb fb

Evans, Ogier sedia untuk penentuan akhir di Rally Arab Saudi

Foto REUTERS

JEDDAH, 26 November – Kejuaraan World Rally Championship (WRC) 2025 akan ditentukan pada perlumbaan terakhir di Rally Saudi Arabia, dengan hanya tiga mata memisahkan Elfyn Evans dan Sebastien Ogier.

Evans, pelumba Wales berusia 36 tahun telah lama mendahului carta keseluruhan, namun kelebihan beliau semakin dikurangkan oleh Ogier yang memenangi tiga daripada empat perlumbaan terakhir, dengan Evans setiap kali menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Evans pernah berada di tempat kedua dalam empat daripada lima kejuaraan dunia terakhir tetapi masih belum memenangi gelaran utama, manakala Ogier dari Perancis berpeluang meraih gelaran kesembilan, pertama sejak 2021.

Selain itu, pelumba Finland, Kalle Rovanpera turut mempunyai peluang tipis untuk muncul juara, tetapi beliau memerlukan Evans dan Ogier menghadapi kesukaran di padang pasir sekitar Jeddah.

Rally Saudi Arabia buat kali pertama menghiasi kalendar WRC, menggabungkan kelajuan padang pasir terbuka dengan laluan teknikal berbatu serta menjanjikan penentuan juara yang mendebarkan. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN