fb fb fb fb fb

Euro 2024: Belgium kembali hidupkan peluang selepas tumpaskan Romania

Para pemain Belgium meraikan kemenangan bertemu Romania /Foto REUTERS

COLOGNE, 23 Jun-Belgium menghidupkan semula peluang untuk mara ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Romania 2-0 pada aksi kedua Kumpulan E, Euro 2024 di sini.

Dua jaringan oleh Youri Tielemans dan Kevin De Bruyne sudah memadai buat Belgium mengutip tiga mata penuh sekali gus peluang ke pusingan kalah mati kembali terbuka.

Pada perlawanan berkenaan, penyerang Romelu Lukaku menjadi arkitek kepada gol pertama Belgium selepas umpanannya dalam kotak penalti berjaya disudahkan oleh Tielemans pada minit ke-2 perlawanan bagi meletakkan Belgium mendahului 1-0.

Pada babak kedua, Belgium kembali menggandakan kelebihan dengan gol kedua menerusi Kevin De Bruyne yang berjaya melepasi pertahanan Romania sebelum menolak bola masuk bagi memberikan Belgium kemenangan pertama pasukan itu selepas tumpas 1-0 di tangan Slovakia pada Selasa lalu.

Keputusan berkenaan menyaksikan ksemua pasukan dalam kumpulan E kini memungut tiga mata sebelum memasuki perlawan terakhir kumpulan pada Rabu.

Pada perlawanan terakhir nanti, Belgium bakal berdepan Ukraine, manakala Slovakia dan Romania bakal bertemu bagi menentukan dua pasukan yang layak ke pusingan 16 terbaik.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD