fb fb fb fb fb

EPL : Villa bertahan 10 pemain, ikat Newcastle tanpa jaringan

Pemain pertahanan Aston Villa, Ezri Konsa dilayangkan kad merah oleh pengadil Craig Pawson / REUTERS

BIRMINGHAM, 16 Ogos – Aston Villa terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Ezri Konsa dibuang padang, namun tetap berjaya mengikat Newcastle United 0-0 dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Newcastle bermula garang apabila pemain baharu Anthony Elanga hampir meledak gol seawal minit ketiga, tetapi percubaannya ditepis cemerlang oleh penjaga gol Villa, Marco Bizot, yang membuat penampilan sulung di liga. Bizot terus menjadi wira tuan rumah dengan beberapa aksi penting ketika pasukan Eddie Howe mendominasi permainan.

Villa cuba mencari rentak, namun kehilangan Konsa pada minit ke-66 akibat menarik Anthony Gordon, memaksa mereka bertahan habis-habisan.

The Magpies terus menggempur dengan hantaran lintang ke kotak penalti, tetapi ketiadaan penyerang utama Alexander Isak membuatkan mereka tumpul di depan gawang.

Akhirnya, Villa kekal kental hingga wisel penamat untuk membawa pulang satu mata berharga dalam perlawanan sulung musim ini.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE