LONDON, 29 Oktober - Ketua jurulatih Chelsea, Mauricio Pochettino berkata dia tidak risau dengan kekalahan yang dialami pasukannya ketika pertemuan menentang Brentford, yang menyaksikan pasukannya tewas 0-2 pada Sabtu.
Sebaliknya, menurut Ketua jurulatih berasal Argentina itu, pasukannya beraksi lebih baik ketika menetang kelab-kelab gergasi Liga Perdana Inggeris musim ini.
"Kami bermain menentang Arsenal dan Liverpool sebelum ini dan mereka (Chelsea) bermain dengan baik.
"Oleh hal demikian, kami tidak perlu bimbang dan kami harus terus ke hadapan", kata Pochettino.
Pada perlawanan menetang Brentford itu, Pochettino yang berada di tepi padang hanya sekadar mampu melihat anak-anak buahnya gagal menembusi pertahanan kental 'Bees' yang berjaya memecahkan kebuntuan melalui jaringan Ethan Pinnock pada minit ke-58, dan jaringan kedua pada minit-minit akhir permainan oleh Bryan Mbeumo.
Kekalahan kepada Brentford mengimbau kekalahan sebelum ini kepada Nottingham Forrest dengan jaringan sama bulan lalu.
"Jika anda gagal menjaringkan gol anda perlu menyalahkan diri sendiri atas kegagalan itu.
"Kami menyalahkan diri sendiri kerana tidak 'tajam' di hadapan gol", ujar Pachettino.
Kenyataan Pachettino tentang pasukannya bermain lebih ketika menentang pasukan teratas liga bakal teruji apabila Chelsea dijadualkan bertemu pendahulu liga Tottenham Hotspur pada 6 November depan diikuti perlawanan menentang juara bertahan Manchester City dan Newcastle United.
Chelsea kini memungut 12 mata daripada 10 perlawanan setakat ini-REUTERS