fb fb fb fb fb

Serie A : Gol minit akhir Cambiaso lonjak Juventus sebagai pendahulu liga

Pemain pertahanan Juventus, Andrea Cambiaso meraikan gol ketika menentang Hellas Verona/FOTO AFP

TURIN,29 Oktober-Jaringan minit-minit akhir oleh Andrea Cambiaso membolehkan pasukannya, Juventus menewaskan Hellas Verona 1-0 sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di laman sendiri, Juventus dilihat mempersia-siakan deretan peluang menerusi penyerang Dusan Vlahovic dan Fedrico Chiesa selain berdepan corak serangan balas yang dilakukan pasukan pelawat Hellas Verona.

Gol tunggal perlawanan hadir menerusi Cambiaso yang menolak masuk hasil tandukan Arkadius Milik yang terkena palang pada minit-minit akhir perlawanan.

Juventus kini menerajui liga dengan 23 mata satu mata mengatasi Inter Milan yang bakal bertemu AS Roma pada Ahad.

Hellas Verona pula terperosok di tangga ke-16 dengan lapan mata.

Sementara itu, Pengurus Juventus, Masimmo Allegri menganggap kemenangan berkenaan merupakan sesuatu yang penting di samping memuji anak-anak buahnya yang mempamerkan disiplin tinggi sepanjang perlawanan.

"Ini merupakan kemenangan yang penting buat pasukan.

"Para pemain bermain dengan baik, tersusun dan mengikut perancangan. Keseluruhannya ia merupakan persembahan yang baik ditunjukkan pemain", kata Allegri kepada Sky Sports Itali.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD