fb fb fb fb fb

Bundesliga: Hatrik Kane pastikan Bayern Munich di persada liga

FOTO AFP

MUNICH, 29 Oktober - Bayern Munich membuktikan penguasaan pasukan berkenaan di Bundesliga selepas mencatatkan kemenangan besar 8-0 ke atas pasukan yang baru dinaikkan pangkat, Darmstadt 98 pada perlawanan yang dicemari dengan tiga layangan kad merah.

Pemain pertahanan Bayern Munich, Joshua Kimmich dan dua pemain Darmstadt diperintahkan keluar padang selepas berlaku kekecohan melibatkan kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama.

Pada perlawanan yang berlangsung di Allianz Arena, Bayern Munich membuka jaringan pada minit ke-51 menerusi Harry Kane, diikuti Leroy Sane pada minit ke -56 dan 60 bagi menjadikan kedudukan 3-0.

Skuad 'Bavarian' menggandakan asakan dan berupaya menambah jaringan menerusi Jamal Musiala pada minit ke-64 dan 76 bagi menjadikan kedudukan 5-0.

Harry Kane membuktikan 'bisa' sebagai penyerang profilik dengan menambah dua gol, sebelum penyerang veteran, Thomas Muller menutup pesta jaringan Bayern dengan gol kelapan pada minit ke-71.

Kemenangan tersebut membolehkan Bayern Munich melompat ke persada liga dengan 23 mata satu mata mengatasi Bayern Leverkusen.

Dalam pada itu, Ketua jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel menyifatkan perlawanan itu sebagai sesuatu yang gila dan tidak dijangkakan.

"Perlawanan tersebut merupakan perlawanan paling sukar pernah dihadapi pasukan (Bayern Munich).

"Kami banyak melakukan kesilapan pada separuh masa pertama. Ini perlawanan yang'gila' dan kami tidak menjangkakan akan menang dengan jaringan yang besar", kata Tuchel.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD