fb fb fb fb fb

La Liga: Bellingham selamatkan maruah Real Madrid

Pemain Real Madrid, Jude Bellingham meraikan gol ketika menetang Barcelona pada Sabtu/FOTO AFP

BARCELONA, 29 Oktober -Real Madrid bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 2-1 kea atas Barcelona pada pertembungan 'El Clasicco' yang medebarkan pada Sabtu.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di stadium sementara, di Estadi Olímpic Lluís Companys, Jude Bellingham menjadi wira skuad 'Galaticos apabila menjaringkan kedua-dua gol pada separuh masa kedua.

Pemain antarabangsa England itu berusia 20 tahun itu telah menyumbat 13 gol setakat ini selepas dibeli dari Borussia Dortmund musim lalu.

Pasukan tuan rumah, Barcelona terlebih dahulu berada di depan menerusi gol jaringan llkay Gundogan pada minit ke-6 yang mengambil kesempatan di atas kecuaian pertahanan Real Madrid.

Barcelona dilihat lebih banyak menguasai perlawanan, namun gagal memanfaatkan peluang yang terhidang.

Kegagalan tersebut dihukum oleh Jude Bellingham yang berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Real Madrid pada minit ke-68. Gol tersebut berpunca hasil umpanan menarik Luca Modric sebelum disudahkan Bellingham menerusi rembatan kencang ke penjuru kanan tiang gol Barcelona.

Real Madrid sekali lagi menggandakan jaringan menerusi rembatan Bellingham pada minit-minit akhir permainan.

Sementara itu, Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez menyifatkan kekalahan itu sangat sukar untuk diterima memandang pasukannya menguasai permainan sepanjang perlawanan.

"Keputusan seri adalah lebih adil buat kami (Barcelona).

"Real Madrid seolah-olah telah menyerah. Namun dua gol yang dijaringkan pada separuh masa kedua mengejutkan kami sekali gus memalukan.

"Real Madrid pula hanya mendapat beberapa peluang dan memanfaatkan jaringan. Itulah lumrah bola sepak", kata Xavi kepada DAZN.

Real Madrid kini mengungguli carta La Liga dengan 28 mata berkongsi dengan Girona manakala Barcelona di kedudakan ketiga dengan 22 mata,-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD