fb fb fb fb fb

Terbuka Perancis: Impian Tze Yong ke final 'lebur'

Pemain perseorangan badminton negara, Ng Tze Yong/FOTO FB BAMalaysia

RENNES, 29 Oktober - Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terkandas di separuh akhir kejohanan terbuka Perancis selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pemain China, Li Shifeng selepas tumpas 'Straight set 21-17,21-12

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Glaz Arena itu, Tze Yong yang juga naib juara terbuka Finland minggu lalu dilihat cuba memberi tekanan kepada Shifeng, yang merupakan pemain nombor lima dunia.

Namun, jurang pengalaman memisahkan kedua-dua pemain,menyebabkan Shifeng berjaya memenangi set pertama 21-17.

Kemenangan tersebut memberi keyakinan kepada pemain China itu untuk terus 'membunuh' sisa-sisa perjuangan Tze Yong apabila menang mudah pada set kedua 21-12.

Shifeng yang juga pilihan kelapan kejohanan dijadualkan bertemu jaguh Indonesia, Jonathan Christie di final hari ini.

Pemain Indonesia itu layak selepas menyingkirkan jaguh Singapura, Loh Kean Yew dengan keputusan 21-18, 21-13

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD