fb fb fb fb fb

EPL : Manchester City, Liverpool sama handal

FOTO AFP

LONDON, 26 November - Manchester City gagal menggunakan kelebihan beraksi dilaman sendiri selepas sekadar seri 1-1 berdepan Liverpool, pada Sabtu.

Pertembungan yang berlangsung di Stadium Etihad menyaksikan Erling Haaland terlebih dahulu meletakkan City di depan pada minit ke-27.

Gol berkenaan sekali gus membolehkan penyerang berusia 23 tahun itu muncul sebagai pemain terpantas meledak 50 gol dalam kancah EPL.

Tersentak dengan jaringan itu, Liverpool menggandakan asakan dan memiliki beberapa peluang menyamakan kedudukan terutama menerusi penyerang, Darwin Nunez.

Namun barisan pertahanan City cemerlang menggagalkan semua asakan skuad kendalian Jurgen Kloop hingga tamat babak pertama.

Usaha skuad 'The Reds' akhirnya berhasil pada minit ke-78, selepas pemain pertahanan, Trent Alexander Arnold merembat leret bola melepasi gawang City.

Kedudukan itu meletakkan Manchester City di tangga kedua dengan 29 mata mengatasi Liverpool di tempat ketiga dengan satu mata.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD