fb fb fb fb fb

Masa depan Saari bersama Lazio kian samar

Pengurus Lazio, Maurizio Sarri/www.football.london

TURIN, 26 November- Jurulatih Lazio, Maurizio Sarri mempersoalkan masa depannya di kelab berkenaan selepas kekalahan mengejut Lazio kepada kelab bawahan Salernitana 2-1 pada Sabtu.

Kekalahan itu sekali gus merupakan kekalahan keenam pasukan itu dalam Serie A musim ini.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadio Arechi itu, Lazio terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-44 selepas penyerang Ciro Immobile menyempurnakan penalti sebelum pintu gol Lazio dibolosi dua kali pada separuh masa kedua.

Keputusan itu meletakkan Lazio di tangga ke-10 liga dengan 17 mata dan merupakan permulaan terburuk pasukan itu sejak 2013.

Sarri menyifatkan sikap dan mentaliti para pemain menyumbang kepada kekalahan tersebut.

Justeru, Sarri berasakan sekiranya pengurusan pasukan merupakan punca masalah berkenaan, dia sanggup melepaskan jawatannya sebagai pengurus.

"Sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Skuad telah kehilangan karakter dan inisiatif. Selepas menjaringkan gol pada separuh masa pertama, kami kembali dengan harapan dapat mengawalnya selama 50 minit. Itu bukan ciri kami sebagai sebuah pasukan", kata Sarri kepada pemberita selepas perlawanan.

"Sekiranya perkara ini masih berlanjutan, saya akan menimbang keputusan dan menjadi orang pertama bercakap dengan Presiden kelab.

Di sebalik permulaan buruk yang ditampilkan anak-anak buahnya di Serie A, Lazio mempamerkan aksi baik dalam liga Juara apabila menduduki tangga kedua kumpulan E.

"Saya bimbang dengan mentaliti pasukan yang bergelut bagi mencari 'diri' mereka.

"Kadang-kala, Liga Juara memberi keajaiban dan kekuatan mentaliti", kata Sarri lagi.

Lazio bakal bertemu Celtic pada aksi Liga Juara Selasa depan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD